Pengertian Pembelajaran Koperatif

Pengertian Pembelajaran Koperatif - Demi meningkatkan mutu pendidikan ada banyak sekali model pembelajaran yang bisa kita lakukan agar siswa kita bisa memahami dan cepat berinteraksi dengan pelajaran yang kita ajarkan terhadap mereka. Adapun salah satu contohnya adalah pembelajaran koperatif. Ada hal yang menarik jika kita memahami tentang pembelajaran koperatif, maka jika kita bisa menguasai pembelajaran koperatif ini, insya allah siswa kita akan mudah memahami materi. Sebelumnya kita pelajari dulu apa itu pembelajaran koperatif. Pembelajaran koperatif adalah pembelajaran kumpulan yang mana dibahagikan secara heteregenous iaitu pelajar mempunyai kemampuan yang berbeda.

Pengertian Pembelajaran Koperatif

Prinsip yang terdapat dalam pembelajaran koperatif adalah :

1. Saling bergantungan secara positif (positive interdependence)
  • Ia merangkumi sifat berdikari iaitu berdikari menyelesaikan satu masalah yang dipertanggunjawabkan juga saling bergantungan untuk menyelesaikan semua masalah.
  • Walaupun seseorang berdikari, tetapi kecemerlangan di capai melalui usaha bersama.

2. Individual accountability
  • Walaupun pelejar bekerjasama dalam kumpulan, tetapi mereka bertanggungjawab atas pencapaian diri sendiri keran ia juga bersifat penilaian individu.

3. Interaksi kumpulan (group interaction)
  • Pelajar berkongsi maklumat dan pandangan
  • Pelajar berbincan input yang diperoleh
  • Pelajar yang pakar mengenai tajuknya bertanggungjawab mengajar pelajar lain

4. Kemahiran sosial (social skills)
  • Sifat kepimpinan
  • Kemahiran membuat keputusan
  • Membina kepercayaan
  • Membina komunikasi berkesan
  • Menyelesaikan konflik

Teknik Dalam Pembelajaran Koperatif

1. TEKNIK JIGSAW
  • Guru membahagikan kumpulan berdasarkan nombor yang ditetapkan dalam kumpulan ASAL setelah itu pelajar berpindah ke kumpulan PAKAR mengikut nombor yang telah ditetapkan
2. STAD-student teams achivement divisions
  • Guru mengajar
  • Guru membahagikan kumpulan secara heteregenous
  • Guru membuat kuiz secara individu
  • Skor pengembangan murid dicampur untuk satu kumpulan.
  • Pengharggaan diberikan untuk kumpulan yang memperoleh skor yang tertinggi.
3. GROUP INVESTIGATION
  • Penyiasatan melalui masalah yang diberikan
  • Interaction (memberikan idea, berbincang)
  • Interpretation (berbincang dengan lebih spesifik)
  • Motivasi dalaman (penghayatan diri, kebolehfahaman dan tanggungjawab)
4. TGT- TEAM GAMES TOURNAMENT
  • Guru mengajar
  • Kumpulan dibahagi secara heterogenous tetapi mengikut aras kepandaian
  • Soalan dibahagi mengikut aras kemampuan kumpulan yang dibahagi
  • Jika aras pengetahuan tersebut tinggi soalan yang diajukan juga mencabar.
  • Setelah itu berlansungnya pertandingan
  • Setelah selesai semua ahli mengikut aras kepandaian balik ke kumpulan asal yang mempunyai darjah kepandaian berbeza dan markah dihitung secara bersama.
5. TAI-TEAMS ACCELERATED INSTRUCTION
  • Kuiz secara individu
  • Bahagikan kumpulan dengan kemampuan berbeza, jantina berbeza
  • Pelajar berbincang jawapan dan meminta pandangan, oleh itu pelajar yang kurang secara tidak langsung turut mendapat input.
  • Setelah itu guru membuat kuiz untuk mengetahui adakah kefahaman pelajar meningkat.
  • Memberi peluang kepada pelajar untuk mendapat markah yang memuaskan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar